Pemilihan Warna Inner tudung mengikut warna kulit

Memilih Warna Inner tudung atau Anak tudung Memilih Warna inner tudung yang bersesuaian dengan warna kulit adalah amat penting agar wajah nampak lebih menyerlah. Kesalahan dalam memilih warna anak tudung boleh membuatkan anda nampak kusam, pucat atau menjadi lebih gelap daripada sebelum memakai tudung. Mari kita kenalpasti apakah warna anak tudung yang sesuai buat kulit anda. 1. Kulit putih Orang yang mempunyai kulit putih dan cerah amat beruntung kerana boleh mengenakan kebanyakkan warna tanpa sebarang masalah. Warna yang sesuai untuk orang berkulit cerah adalah warna-warna solid seperti hijau, merah, hitam dan biru. Namun harus dihindari warna-warna pastel yang terlalu lembut seperti baby blue, soft green atau kuning cair. Warna putih juga harus dielakkan kerana akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat. 2. Sawo matang Untuk anda yang berkulit sawo matang, warna pastel dan warna gelap adalah pilihan yang baik. Memilih warna lavender dan maroon ...